klik sini jap!!

Tuesday, 26 November 2013

Rawat batuk,selsema dan demam secara semulajadi

Assalamualaikum...entry ni saya share dari blog ni http://ghan-myjourney.blogspot.com/2013/06/natural-remedy-untuk-selesema.html?m=1

sebagai rujukan kita semua...


Memula tu kita kena pastikan dulu punca batuk dan selsema tu...cara
nak treat selesema-batuk ni kena kenalpasti dulu sama ada yang berlaku tu jangkitan virus atau bakteria.
saya letak dalam bentuk point form supaya senang :) 

caranya?
lihat pada warna hingus/ kahak.

*1. jika warna hingus/ kahak jernih - tandanya ia adalah jangkitan virus.*

* ambil makanan antiviral- rujuk di sini.
 
yang biasa kita jumpa garlic, ginger, cauliflower, brocolli, apple.

* ambil makanan yang tinggi protein- sup ayam, sup tulang dll.virus ni akan 'makan' protein dalam badan, so kena tambah la pengambilan protein kita.

* minum jus dengan banyak-buat sendiri la ye. tanpa gula :)

* kurangkan pengambilan gula kerana gula adalah 'makanan' virus dan bakteria ni.

* ambil minyak kelapa dara.

* hingus/ kahak jernih menunjukkan badan sejuk. so ambil makanan yang panas seperti madu, buah delima, habbatussauda.*
2. jika warna hingus/ kahak hijau/ kuning- tandanya ia adalah jangkitan bakteria. *

* ambil probiotik-bakteria baik yang akan lawan bakteria jahat dalam badan.
* cuba semua natural remedies untuk hilangkan batuk-selesema-pilihan terakhir barulah berikan antibiotik.(beri sekali dengan probiotik)

* oh ya, contoh probiotik plain yogurt-ada juga jual probiotik kat farmasi-farmasi.

* garlic adalah natural antibiotik terbaik.banyak-banyaklah makan garlic masa ni ye :) 

* hingus/ kahak berwarna menunjukkan badan panas. so ambil makanan yang sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa, kembang semangkuk.*natural remedies untuk batuk-selesema.*

*  garlic socks-hiris bawang putih, masukkan dalam stokin dan pakai stokin tersebut. untuk anak yang kecil, boleh lapis dua stokin tu supaya tak panas sangat kena kat kulit anak.

* minyak bawang putih-bakar garlic sekali dengan kulitnya, lenyek dengan minyak zaitun, atau minyak kelapa-kalau takde sangat minyak masak pun jadilah..sapu pada tapak kaki, dada dan belakang anak.

* (untuk rawatan semulajadi di atas ni, sila buat patch test dulu ye-sapu sikit ke kulit anak, tengok kalau takde keradangan baru apply betul-betul.takut anak tak serasi pulak dengan garlic ni.)

* asah kunyit hidup dan sapukan pada tulang hidung anak.

* teknik percussion *sila tanya pakcik google ya*

* teknik steam *tanya encik google juga*

kalau selalu sangat anak kena demam-batuk-selesema ni, kena la usaha untuk menaikkan sistem imun anak.
boleh cuba bagi olivenol, apple cider vineger, tambahkan vitamin D (sumber matahari pagi/ ikan salmon)

No comments:

Post a Comment